EduMinda lahir daripada satu hasrat untuk menjadikan ilmu psikologi lebih mesra dan dekat dengan masyarakat. Melalui platform digital ini, saya komited untuk berkongsi ilmu psikologi yang menarik dengan gaya penyampaian yang santai, menyeronokkan dan paling penting, praktikal untuk diamalkan dalam rutin harian.
Sama ada anda ingin memahami diri sendiri, mendalami psikologi manusia, atau mencari ketenangan melalui perspektif Islam, EduMinda sentiasa ada untuk menemani perjalanan anda.
Jom bersama-sama saya membangunkan EduMinda ini supaya lebih ramai dapat memanfaatkan ilmu psikologi yang praktikal dan mesra masyarakat.
Anda boleh menyokong melalui hadiah sokongan seikhlas hati atau pembelian mana-mana produk yang saya kongsikan di sini.
Setiap sokongan anda bukan sekadar bantuan tetapi langkah bersama untuk kita terus mengembangkan EduMinda.
Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.